Wednesday, December 14, 2011

Harimau Muda kalahkan Sydney FC 3-0



KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak Bawah 23 tahun negara memulakan kempen jelajah Australia dengan nota positif apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Sydney FC, semalam.

Pemain tengah, K.Gurusamy membuka jaringan pada babak pertama menerusi sepakan percuma dari luar kotak sebelum Ahmad Hazwan Bakri yang baru pulang daripada kecederaan membuktikan ketajaman di depan gawang dengan menambah dua gol pada babak kedua.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya terutamanya mereka yang kembali ke skuad seperti Ahmad Hazwan di samping kehadiran muka baru, Mohd. Shahrul Saad.

"Ia satu persembahan positif daripada Hazwan memandangkan dia baru kembali beraksi selepas berehat panjang kerana kecederaan, manakala persembahan Mohd. Shahrul di posisi bek kanan pula menunjukkan dia boleh memberi alternatif kepada Mahali (Jasuli)," katanya.

Diberi peluang beraksi menentang juara Liga Australia dua kali itu yang walaupun sekadar membariskan pasukan simpanannya, pemain-pemain seperti D.Saarvindran, Nazirul Naim Che Hashim dan S. Sivanesan dilihat Kim Swee sebagai antara mereka yang menyinar.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...