Thursday, December 15, 2011

Pahang kian bersemangat cari tempat ke Liga Super

BH Online

JIKA diukur pada prestasi semasa dan perkiraan atas kertas, Pahang mungkin tidak berpeluang melangkah jauh tetapi pasukan Pantai Timur itu tidak mahu menjadikan faktor berkenaan sebagai penghalang untuk melakukan 'kemunculan semula' dalam saingan Liga Perdana musim depan. 

Walaupun sedar mereka tampil dengan majoriti pemain baru dan muda, Pahang tetap percaya aspek itu memberikan satu kelebihan untuk kembali digelar gergasi bola sepak tempatan.



“Jangan ukur kemampuan Pahang berdasarkan prestasi musim lalu kerana kekuatan semasa dan musim sebelum ini jauh berbeza, sebaliknya kami kini lebih bersemangat untuk kembali mencari tempat dalam Liga Super semula.
“Lupakan semua perkara lama. Jangan nilai kami dengan rekod sebelum ini kerana kami pasti akan lakukan kejutan untuk membuktikan kami mampu kembali ke Liga Super,” kata penyerangnya, Azamuddin Mohd Akil, semalam. 

Ditanya pencabar mereka dalam saingan Liga Perdana musim 2012, Azamuddin menyenaraikan Tentera dan Sime Darby FC sebagai pasukan yang mampu menggugat kedudukan mereka. 

Azamuddin juga menyifatkan peluang Pahang apabila menentang FELDA United pada pusingan pertama Piala FA sebagai seimbang dan terbuka. 

“Saya akui kelebihan memihak FELDA kerana mereka beraksi dalam Liga Super tapi itu tidak boleh dijadikan ukuran,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...