Tuesday, December 20, 2011

Shukor ikrar pertahan reputasi Jang


Harian Metro

SEKALIPUN mengakui tugas yang bakal digalas musim depan berbeza berbanding musim lalu, kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan, sudah bersedia mempertahankan reputasi serta menjulang nama pasukan pada saingan Liga M 2012, 7 Januari ini.


Menurutnya, pihaknya yakin dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik hasil sokongan dan kerjasama daripada rakan yang sentiasa memberikan komitmen tinggi untuk sama-sama demi kejayaan pasukan.

“Sebenarnya bukan terletak pada saya seorang dalam menentukan kejayaan pasukan tapi semua pemain yang dipilih ketua jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah dan kerjasama serta sokongan padu itu amat penting dalam menentukan kejayaan diharapkan.




“Saya berharap prestasi pasukan akan lebih menyerlah sepanjang musim depan apatah lagi dengan kehadiran dua pemain import yang dijangka mampu meletakkan kekuatan pasukan lebih mantap untuk mengharungi cabaran yang dijangka lebih mencabar dan sengit,” katanya.

Shukor berkata, dia akan memanfaatkan sepenuhnya perlawanan persahabatan di Australia untuk meningkatkan lagi prestasi, apatah lagi cabaran bermula dengan perebutan Piala Sumbangsih menentang juara Liga Super, Kelantan di Kota Bharu.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...