Saturday, February 25, 2012

‘Bagai telur di hujung tanduk’


Harian Metro

KEDUDUKAN penyerang dari Serbia, Lazar Popovic bersama Perak kini ‘ibarat telur di hujung tanduk’ kerana Seladang akan menguji beberapa pemain dari benua Afrika mulai bulan depan.


Pemain tinggi lampai itu berkemungkinan besar terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Kejor Yob Kejor andai dia masih gagal kecuali menunjukkan peningkatan dengan mula menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya.




Walaupun memberi sumbangan kepada pasukan, Popovic, 28, belum menjaringkan sebarang gol selepas lapan perlawanan menyebabkan peminat mula mengecam dan mengkritik pemain itu.




Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ketika ditemui mengesahkan kehadiran pemain yang menawarkan khidmat dengan Perak.

“Kita minta mereka datang menjalani latihan bersama Perak mulai Mac ini. Kita mahu tengok mereka beraksi dengan mata kepala sendiri agar dapat membuat penilaian.


“Pafa menyerahkan kepada jurulatih untuk menilai kemampuan mereka. Langkah ini sebagai persediaan menghadapi tingkap perpindahan pemain pada awal April yang membolehkan pendaftaran baru pemain import dibuat semua pasukan.





“Begitupun hingga detik itu, Popovic dan juga Kubala kekal bersama pasukan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri berkata, sebagai pemain profesional mereka kena akur dan sedar perjanjian yang termaktub andai gagal melaksanakan tugasan dengan berkesan.




“Tidak dapat dinafikan Popovic memberi sumbangan berkesan kepada pasukan seperti diharapkan. Cuma masalahnya dia tidak dapat menjaringkan gol,” katanya.

Apapun setakat ini kedudukan Kubala tampak selamat kerana selain memberi sumbangan berkesan turut menyumbangkan lima gol termasuk satu dalam saingan Piala FA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...