Friday, February 17, 2012

Dia mampu menggegar


Harian Metro

JURULATIH Felda United, E Elavarasan yakin penyerang kelahiran Senegal, Scrie Dia mampu mempamerkan taringnya pada aksi liga dan piala FA berdepan Pahang di Stadium Hang Jebat, Melaka, Ahad ini.



Baginya, walaupun penyerang terbabit gagal menyerlah ketika berdepan Sarawak, Johor FC dan T Team, namun beliau positif pemian import itu bakal mempamerkan aksi sebenar dalam sedikit masa lagi.


Walaupun prestasi Dia tidak begitu menyerlah di mata peminat ketika Felda tewas 0-3 kepada T Team, Elavarasan menganggap pemain itu belum serasi bersama pemain tempatan.



Baginya, sudah sampai masanya penggempur terbabit mendapat sentuhan sebenar dengan menjadikan aksi menentang Tok Gajah sebagai landasan sebenar untuk menyerlah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...