Monday, February 20, 2012

Nwoha kecewakan peminat Kelantan



KOTA BHARU - Aksi lemah pemain import Kelantan Onyekachi Nwoha sepanjang 83 minit mengecewakan hampir 10,000 penyokong setia The Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Tanpa sebarang gerakan menarik serta kerap kali kehilangan bola membuktikan dia bukanlah pembelian terbaik buat penyandang juara Liga Super 2011 bagi mengharungi saingan musim ini.




Nwoha yang menggantikan tonggak kebangsaan Lubnan, Mohammad Ghaddar, selepas pemain tersebut gagal menemui sentuhan pemusnahnya, tidak seperti yang diharapkan apabila aksinya tidak setanding dengan tarafnya sebagai pemain import.

Ketua jurulatih Kelantan, Peter Butler ketika ditemui selepas perlawanan menentang Sarawak enggan mengulas mengenai persembahan pemain yang berasal dari Nigeria itu.

"Lebih bagus saya fokus kepada persiapan pasukan untuk perlawanan selepas ini. Pagi Isnin ini mungkin saya akan buat penilaian. Semua peminat yang berada di stadium dan di mana-mana boleh menilainya sendiri.

"Semua pemain bekerja keras tetapi saya boleh tengok dia (Nwoha) belum cergas sepenuhnya. Saya mesti adil dan berikannya masa," katanya.

Pengendali kelahiran Halifa,x England itu membayangkan mahu memberikan peluang kepada pemain tersebut untuk membuktikan kemampuan.

"Saya suka memberikan dia masa untuk membuktikan kemampuan tetapi, saya mahu lihat perkembangan yang bagus dan kita juga mengharapkan dia selalu bermain dengan baik dan menjaringkan gol.

"Saya harap dia dapat gunakan sebaik mungkin peluang ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...