Thursday, February 23, 2012

Skuad Warga Kota terumbang-ambing


Harian Metro

HANYA Razip Ismail saja mengetahui betapa beratnya beban dipikul pada masa ini dalam usaha membantu Kuala Lumpur menjengah kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.


Apa tidaknya, selepas mengharungi lapan perlawanan, skuad Warga Kota seolah-olah tiada daya melawan dengan hanya mampu memungut satu mata sekali gus terperosok di tangga terbawah liga.




Rentetan kekalahan berpanjangan turut menyaksikan Razip serta anak buahnya menerima tekanan demi tekanan, baik daripada penyokong setia mahupun pengurusan yang sudah memberi amaran untuk memotong gaji pemain jika gagal mempamerkan aksi terbaik selepas ini.




Namun, ada mesej daripada Razip ketika ditemui selepas sesi latihan semalam yang sepatutnya membuka mata ramai pihak betapa berat tanggungjawab yang dipikulnya ketika ini.

“Macam saya katakan sebelum ini, kami perlu ukur baju di badan sendiri. Saya hanya dibekalkan barisan pemain muda pada musim ini dan saya perlu menggunakan khidmat mereka sebaik-baiknya.


“Kami bukan seperti pasukan hebat lain yang mempunyai pemain berstatus bintang. Walaupun sering tewas, saya berani katakan pemain saya sudah mencuba sedaya upaya.





“Saya tidak nafikan, ada rasa sedikit tekanan terutama daripada pihak luar yang mahu kami mempamerkan aksi lebih baik tapi dengan pemain sedia ada, kami akan melakukan setakat yang termampu.

“Saya tidak bermaksud untuk memberi alasan tapi inilah sebenarnya hakikat yang berlaku dalam pasukan,” katanya yang menyaksikan ramai pemain berpengalaman musim lalu berhijrah ke pasukan lain.




Kehadiran dua tonggak import yang dipinjamkan dari Kelantan iaitu Zakaria Charara serta Emmanuel Okine pula belum mampu memuaskan hati Razip.

“Mereka berdua baru turun satu dua perlawanan saja. Saya tidak dapat menilai sepenuhnya kemampuan mereka tapi sebagai pemain import tentulah saya mengharapkan aksi mereka lebih baik berbanding pemain tempatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...