Tuesday, February 21, 2012

Tiket dijual petang esok


Harian Metro

TIKET perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Olimpik 2012 bagi Zon Asia antara Malaysia dan Jepun akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, mulai jam 5.30 petang pada hari perlawanan, esok.


Perlawanan itu dijadual bermula jam 9 malam.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, tiket dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RM40 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM20 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak bawah 12).




FAM berkata tiket berharga RM40 dan RM20 juga boleh didapati di lebih 850 kedai Mesra Petronas di seluruh negara.

Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...