Saturday, March 24, 2012

Khyril Muhymeen tetap jadi sandaran Kedah

BH Online 


PENJARING terbanyak pasukan Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Zambri yakin mampu meneruskan kecemerlangan meledak gol pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA bertemu T-Team di Stadium Darulaman malam ini, setelah menemui semula sentuhan jaringan. 

Menurutnya, kemasukan tonggak tengah Safi Abdelfatah berjaya membuka banyak peluang baginya mencipta gol, dan berharap Kedah akan membawa bekalan gol yang selesa sebelum timbal balik kedua di Kuala Terengganu, Selasa depan. 




“Saya sudah berjaya menjaringkan empat gol pada liga dan dua pada Piala FA dan yakin dapat meneruskan kecemerlangan pada perlawanan esok (malam ini). Ketika bertemu lawan sama pada pembukaan Liga Super di Kuala Terengganu, kita tewas 3-0 tetapi kini kami semakin mantap dengan prestasi yang lebih meyakinkan,” katanya.
Sementara itu ketua jurulatih T-Team, Yunus Alif mengingatkan anak didiknya supaya sentiasa berwaspada dan tidak memandang mudah pertemuan itu meskipun pernah melakar sejarah membelasah Kedah di awal saingan Liga Super. 

"Jangan terlalu yakin, pemain mesti memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan. Pemain Kedah tidak boleh dibiarkan mengatur gerakan. 

“Walaupun penentuan sama ada layak mara ke separuh akhir atau sebaliknya akan ditentukan di gelanggang sendiri Selasa depan, tetapi kemenangan pada pertembungan pertama perlu bagi memudahkan laluan,” katanya.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...