Wednesday, March 14, 2012

Misi 'tutup buku' dengan kejayaan


BIARPUN terlepas peluang ke Sukan Olimpik London, anak-anak buah Kim Swee (dua dari kanan) mahu melakar kemenangan apabila bertemu Syria di Amman, Jordan malam ini. 
ATAS kertas, perhitungan antara skuad Olimpik negara dan gergasi Asia Timur, Syria dalam aksi penutup tirai Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan malam ini dilihat tidak ubah seperti pelengkap jadual kemenangan semata-mata.


Bagi jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, ia masih satu perlawanan yang cukup penting, terutamanya sebagai persiapan menjelang kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun pada Jun depan.
Menurut beliau, inilah medan terbaik menguji kemampuan pemain muda negara selain aksi kompetitif dalam saingan Liga Singapura (Liga S) yang menyaksikan Hari- mau Muda mengumpul enam mata maksi- mum hasil dua kemenangan setakat ini.
Biarpun skuad Olimpik negara seolah-olah 'diajar' erti sebenar bola sepak oleh Jepun, Syria dan Bahrain apabila gagal mencuri sebarang mata dalam lima perlawanan sebe- lum ini, ia langsung tidak menjejaskan sema- ngat anak-anak buah Kim Swee.
"Kecewa memanglah kecewa kerana gagal mengutip sebarang mata, namun jika dilihat dari sudut positif, pasukan negara bukannya tewas mudah tanpa melawan dalam setiap perlawanan sebelum ini.
"Saya percaya, tahap keyakinan dan kematangan pemain akan meningkat jika berterusan didedahkan dengan aksi kompetitif seperti ini," kata Kim Swee baru-baru ini.
Skuad Kim Swee berlepas ke Jordan kelmarin tanpa kehadiran Gary Steven Robat dan Thamil Arasu yang terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan, selain Wan Zack Haikal Wan Noor yang masih berdepan penggantungan perlawanan gara-gara dilayangkan kad merah ketika menentang Bahrain tempoh hari.
Disebabkan itu, Kim Swee dijangka menggandingkan Syahrul Azwari Ibrahim bersama Ahmad Shakir Md Ali atau penyerang Felda United, D. Saarvindran bagi menggem- pur benteng Syria.
Sementara itu, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd. Affizie Faisal Mamat pula dijangka mengisi kekosongan Gary dan Wan Zack dan bergandingan bersama Irfan Fazail serta Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah Hari- mau Muda pada perlawanan malam ini.
Selain itu, dua muka baharu juga dibawa 'terbang' ke Jordan kali ini iaitu penyerang Sarawak, Ashri Chu Chu dan pemain tengah Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang berke- mungkinan diturunkan Kim Swee.
Apa yang penting, skuad Olimpik negara perlu berwaspada memandangkan Syria yang ketika ini berkongsi sembilan mata de- ngan Bahrain, pastinya menurunkan pasukan yang terkuat dan langsung tidak memberikan 'muka' bagi menjamin slot playoff untuk layak ke London akhir Julai depan.
Bukan apa, dendam tewas 0-2 kepada skuad kendalian Immad Khankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sejurus selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia, November lalu juga perlu ditebus pemain muda negara.
Peduli apa jika skuad negara dilabel 'budak pengacau' oleh media Syria, asalkan kita berupaya mengekang impian Syria untuk mara lebih jauh.
Sekurang-kurangnya, pemain muda negara wajib 'menutup buku' saingan kelaya- kan Olimpik dengan penuh bergaya sebelum kembali membuat perhitungan dengan kelab Albirex Niigata dalam saingan Liga S empat hari kemudian. Justeru, teruskan berjuang Harimau Muda!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...