Monday, March 19, 2012

NS puas tewaskan Kedah


Harian Metro 


AKSI mantap dipamerkan pemain Negeri Sembilan mendapat pujian ketua jurulatih, Mohd Azrai Khor Abdullah apabila melakar kemenangan 2-1 ke atas Kedah dalam saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.





Sekali pun turun tanpa kesebelasan utama selepas dua tonggak berpengalaman, Mohd Shukor Adan dan Norhafiz Zamani Misbah direhatkan kerana kecederaan, barisan pemain muda tampil dengan semangat tinggi meraih tiga mata berharga.

“Syabas saya ucapkan kepada pemain yang menunjukkan komitmen tinggi memberikan tentangan sengit kepada Kedah bagi melakar kemenangan penting.




“Walaupun tidak semua pemain utama dapat diturunkan, mereka yang diberikan tanggungjawab berjaya melaksanakannya dengan cemerlang,” katanya.

Ayam tambatan Jean-Emmanuel Effa Owona, menjadi pencetus kepada kebangkitan skuad berkenaan menerusi jaringannya pada minit ke-24 diikuti pemain sayap, S Kunalan m-41 sebelum Kedah merapatkan jurang menerusi Baddrol Bakhtiar m-59.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...