Thursday, March 15, 2012

Sathianathan ingatkan pemain waspada hadapi MP Muar


Harian Metro 


BERDASAR rekod, Tentera dijangka mampu meraih mata penuh apabila bertemu Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada saingan Liga Perdana esok.


Bagaimanapun pendahulu liga itu harus berhati-hati apabila perlawanan berlangsung pada sebelah petang.




“Saya ingatkan pemain supaya tidak ambil mudah dan jangan terlalu yakin. Beri tumpuan sepenuhnya kepada permainan,” kata jurulatih B Sathianathan.


Menurutnya, tuan rumah mampu membuat kejutan berdasar kepada beberapa perlawanan sebelum ini seperti menumpaskan Perlis dengan jaringan besar.

Tentera akan turun tanpa tiga tonggak utama iaitu ketua pasukan, Hairuddin Omar (gambar), Marlon Alex James dan Irwan Fazli Idrus.


Kata Sathianathan, Marlon masih belum pulih sepenuh daripada kecederaan betis kanan, sementara Hairuddin mengalami harmstring begitu juga Irwan.



Bagaimanapun, beliau mempunyai pengganti untuk mengambil alih tempat pemain utama itu dengan meletakkan Mohamad Zakuan Adha Abdul Radzak di jentera serangan.

Sementara pelatih skuad kebangsaan, Venice Elphi Danny Kaya mengambil posisi Marlon, manakala Suhhaimi Ishak akan berada di tempat Irwan.


“Walaupun beberapa pertukaran terpaksa dibuat, saya yakin barisan yang diturunkan mampu meraih mata penuh sekali gus mengekalkan pasukan di tangga teratas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...