Saturday, March 31, 2012

‘Tiada kaitan dengan Annuar’


Harian Metro

“PELETAKAN jawatan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Super League (MSL) langsung tidak ada kaitan Tan Sri Annuar Musa.”


Itu kenyataan diberikan Stuart Ramalingam yang meninggalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memegang tugas baru bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selaku Pengarah Kejohanan Kelab AFC bermula Isnin ini.


Persoalan mula timbul apabila berita Stuart meletakkan jawatan diketahui umum minggu ini mengaitkan wujudnya perbalahan beliau dengan Pengerusi MSL, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM.




Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya tanggapan itu sambil menegaskan keputusan itu dibuat atas alasan mahu menimba pengalaman bersama AFC.

Stuart berkata, walaupun sudah tidak bersama FAM, beliau sedia membantu badan induk bola sepak tanah air itu dari luar dan tidak menolak akan kembali menabur bakti jika diberi peluang pada masa akan datang.


“Memang tidak ada kaitan dengan Tan Sri Annuar kerana saya sudah menghantar surat peletakan jawatan Februari lalu. Hubungan kami baik malah beliau meminta saya terus kekal dengan MSL.





“Saya sudah memiliki pengalaman bersama Fifa, FAM dan selepas ini AFC. Saya harap dengan segala pengalaman yang ada ini akan dapat membantu pembangunan bola sepak di Malaysia selepas ini,” katanya yang dilantik dalam jawatankuasa MSL bagi merangka pelan terbaik untuk menaikkan taraf Liga Malaysia dalam ranking AFC.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...