Tuesday, April 17, 2012

Sri Lanka tumpuan Raja bina semangat Harimau

BH Online

JURULATIH kebangsaan, Datuk K Rajagobal tampak serius memburu kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, 28 April ini apabila mengumumkan senarai 26 pemain dianggap terbaik, semalam. 

Tanpa beberapa tonggak dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang terbabit dengan Piala AFC seperti Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan Ashari Samsudin, pengendali berusia 56 tahun itu menyenaraikan 14 pemain yang tidak dipanggil ketika bertemu Sarawak, bulan lalu untuk latihan pusat bermula Jumaat ini.

Mereka termasuk kapten Pelita Jaya, Safee Sali, empat pemain Harimau Muda A - Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Ahmad Hazwan Bakri serta dua pemain sayap berbakat dari Borneo - Ashri Chuchu (Sarawak) dan Rozaimi Abdul Rahman (Sabah).


“Pada Jun, kita ada tiga perlawanan berstatus A bertemu Filipina pada 1 Jun serta Singapura pada 8 dan 12 Jun. Jadi bertemu Sri Lanka ini, saya perlu mempunyai bayangan barisan terbaik menjelang tiga perlawanan itu. 

“Atas dasar itu, saya panggil juga empat pemain Harimau Muda A membentuk keserasian dan jurulatih Ong Kim Swee sedia lepaskan mereka untuk tidak beraksi bertemu Hougang United pada 27 April. Safee pula hanya akan bersama kita dua atau tiga hari sebelum bertemu Sri Lanka. 

“Saya tak mahu beri alasan lagi, kita akan main untuk menang biarpun tanpa pemain dari Kelantan dan Terengganu. Fokus saya kini, hanya untuk bertemu Sri Lanka, tak mahu fikir hal-hal lain,” kata Rajagobal ketika dihubungi, semalam. 

INFO: Senarai 26 pelatih 


PENJAGA GOL: Farizal Marlias (NS), G Jeevananthan (SEL), Sani Anuar Kamsani (SWK). 



PERTAHANAN: Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA), Aidil Zafuan Radzak, Amiridzwan Taj Tajudin (ATM), Shahrom Kalam (PRK), Azmizi Azmi (KED), Helmi Remeli (PKNS), Asraruddin Putra Omar (SEL), Nizam Abu Bakar (FELDA). 


TENGAH: Safiq Rahim, K Gurusamy, Bunyamin Umar (SEL), Amar Rohidan (KED), S Kunanlan, Shahurain Abu Samah (NS), Ashri Chuchu (SWK), Rozaimi Abdul Rahman (SBH), Wan Zack Haikal Wan Nor (HMA). 


PENYERANG: Safee Sali (PJFC), Ahmad Hazwan Bakri (HMA), Ahmad Shakir Md Ali (NS), Azamuddin Akil (PHG), Faiz Subri (T-TEAM)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...