Thursday, May 31, 2012

Amer optimis tak tersisih


Harian Metro

TONGGAK utama pertahanan tengah skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Mohd Amer Saidin yakin diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Timor Leste, 17 Jun ini biarpun mengejar masa untuk pulih daripada kecederaan belakang.

Khidmat Amer, 19, amat diperlukan jurulatih Ong Kim Swee bagi perlawanan pembuka tirai Kumpulan G kelayakan Piala Asia 2013 menentang Korea Selatan di Myanmar 23 Jun ini selepas seorang lagi pertahanan tengah, Mohd Fadhli Shas digantung perlawanan.

Biarpun bersama skuad seramai 25 pemain di Budapest, Hungary, pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya menjalani ujian pemulihan dengan jurulatih kecergasan, Rustov Bozik.


“Saya cedera ketika bermain menentang Balestier Khalsa dalam Liga Singapura pertengahan bulan lalu.


“Sekarang saya tidak dapat mengikuti latihan penuh kerana belakang saya bengkak. Namun keadaan saya bertambah baik dan yakin boleh beraksi sepenuhnya menentang Timor Leste,” katanya. yang menjadi tonggak Harimau Muda A selepas Muslim Ahmad berhijrah ke Terengganu.

Amer berharap dapat beraksi untuk memikat hati jurulatih agar tidak terlepas daripada senarai skuad ke Myanmar.

Dalam dua aksi persahabatan di Budapest ketika tewas 0-5 dengan Ferencvaros TC dan seri 2-2 dengan pasukan pilihan Brazil, Kim Swee terpaksa menguji Shahrul Saad, Mohd Fandi Othman, Mohd Syazwan Tajudin dan pemain berusia 16 tahun Mohamad Raphi Azizan di posisi pertahanan tengah.

Sementara itu, pemain tengah yang turut bergelut dengan kecederaan, Gary Steven Robbart pula tidak mahu kejadian sama disisihkan daripada skuad di saat akhir berulang lagi selepas tidak beraksi dengan skuad juara Sukan Sea Indonesia tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...