Friday, May 18, 2012

Farhan idam skuad utama


Harian Metro

PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad mengidam untuk berada dalam kesebelasan utama biarpun menyedari saingan sengit untuk dipilih ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bikit Jalil, esok.

Norfarhan yang beraksi untuk T-Team musim lalu dan kembali bersama The Red Warriors seperti membawa tuah buat Kelantan apabila berjaya mengumpul lima jaringan dalam saingan Piala FA musim ini sekali gus meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.




Berbekalkan pengalaman beraksi bersama Kelantan musim ini, pemain dari Kuala Terengganu itu menanam tekad mempamerkan aksi terhebat jika diberi peluang ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Katanya, walaupun terpaksa bersaing dengan penyerang berkebolehan dalam skuad Kijang seperti Norshahrul Idlan Talaha dan pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar, dia enggan melepaskan peluang beraksi dalam perlawanan akhir ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...