Saturday, May 19, 2012

Ghaddar meluap-luap


SERIUS...kapten  Sime Darby, Es Lizuan Amir (kiri) dan kapten Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi bersama Piala FA apabila kedua-duanya bertemu selepas latihan semalam.
SERIUS...kapten Sime Darby, Es Lizuan Amir (kiri) dan kapten Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi bersama Piala FA apabila kedua-duanya bertemu selepas latihan semalam.

BIARPUN sentuhannya kurang menjadi dalam kempen Piala FA musim ini, penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar mahu menenggelamkan kelibat penggempur utama Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh bagi memastikan pasukannya membawa pulang trofi Piala FA ke Kota Bharu buat kali pertama.

Katanya, dia tidak tertekan selepas hanya menyumbat satu gol dalam laluan skuad Red Warriors ke final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini kerana yakin mampu mengembalikan kepercayaan jurulatih Bojan Hodak jika diberi peluang.



“Saya yakin kami akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan akhir esok (hari ini). Kami mempunyai pemain bagus dan sudah membuat persiapan rapi.

“Mungkin kami boleh menang satu, dua, atau tiga gol, jika diturunkan saya mahu menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol,” katanya ketika ditemui Arena Metro selepas tamat sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.


Selain Ghaddar, Bojan tampak tidak berdepan masalah menurunkan jentera serangan paling ampuh kerana memiliki pilihan penyerang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin dan juga penjaring terbanyak Kelantan dalam Piala FA, Mohd Norfarhan Mohamad (lima gol).


Ghaddar, 28, dari Lubnan tidak menganggap final Piala FA itu lebih menjurus kepada pertembungan kehebatan pemain import sebaliknya pemain tempatan juga mampu mengubah keputusan perlawanan.


“Ronaldinho seorang pemain yang sangat bagus tapi sama ada dia bermain atau tidak bukan satu masalah buat Kelantan.


“Yang penting kami perlu kekal fokus dan berusaha keras untuk tidak menghampakan penyokong,” katanya yang mengharapkan sokongan lebih 60 ribu penyokong Kelantan bagi mendakap trofi baru Piala FA yang bernilai RM80,000 itu.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...