Friday, May 11, 2012

Hilang fokus punca Seladang terlepas tiga mata


Harian Metro

GEJALA hilang tumpuan terutama pada penghujung perlawanan ternyata faktor menjejaskan pencapaian Perak dalam saingan Liga super 2012.

Sikap itu menyebabkan Seladang terlepas peluang mengutip mata penuh serta tumpas di saat akhir kepada lawan seperti yang berlaku ketika bertemu Terengganu di Kuala Terengganu, Sabtu lalu.


Pada perlawanan itu Perak mendahului 2-1 pada satu ketika tetapi hilang kelebihan dimiliki apabila lawan menyamakan kedudukan sejurus sebelum wisel penamat.


Hakikat itu diakui pengurus Perak, Khairul Azwan Harun yang bimbang gejala itu menjejas pencapaian pasukan musim ini kerana dihukum lawan di saat akhir.


“Gejala itu adalah faktor yang menjejas pencapaian Perak ketika ini. Ia bukan sahaja berlaku di gelanggang lawan tetapi juga di Ipoh. Ia nyata merugikan pasukan.



“Saya berharap ia tidak berulang lagi terutama apabila kami turun bertemu Selangor di Ipoh, malam esok (ini),” katanya.




Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan pemain Seladang ketika mengadakan perjumpaan bulanan dengan mereka.


“Pemain memberi jaminan untuk berubah dan berusaha menghasilkan kemenangan dalam pertemuan dengan Selangor nanti.



“Malah saya yakin jurulatih Norizan (Bakar) sudah mencari jalan memperbaiki kelemahan yang berlaku,”katanya.


Selepas sekadar mengutip dua mata daripada dua perlawanan pusingan kedua setakat ini apabila seri 2-2 dengan Sabah dan yang terbaru dengan Terengganu itu, Azwan yakin pemain dahagakan kemenangan untuk meletak kermbali pasukan di atas landasan yang betul.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...