Sunday, May 27, 2012

LIGA SUPER 2012: Keputusan Perlawanan 26 Mei 2012


26 MEI 2012 (SABTU)
119
Stadium JCorp
8:45pm
JOHOR FC
0
0
KELANTAN FA
-
-



JUARA PIALA FA, Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super 2012 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi. 

Walaupun menguasai saingan awal babak pertama dengan serangan bertali arus, barisan Bojan Hodak gagal memecah benteng tuan rumah, sebaliknya, Johor FC hampir berada di depan pada minit ke-17 apabila tandukan Mohd Riduwan Maon hasil hantaran Jasazrin Jamaluddin ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus garang apabila cuba memecah kebuntuan dan anak buah Sazali Saidon sekali lagi berpeluang mengejutkan pasukan tangga kedua liga itu tetapi tandukan Arthur Hendrique pada minit ke-70 singgah di palang.

Kedua-dua pasukan menggandakan asakan pada 10 minit terakhir tetapi gagal, sekali gus menyukarkan skuad Lebah yang berhasrat untuk keluar daripada kelompok bawahan. 

Kelantan kekal di tangga kedua Liga Super dengan 38 mata, di belakang Lions XII yang sudah bermain lima perlawanan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...