Wednesday, May 23, 2012

LIGA SUPER: Keputusan Perlawanan 22 Mei 2012


22 MEI 2012 (SELASA)
118
Stadium
Jalan Besar
7:45pm
LIONS XII FC
3
0
SARAWAK FA
Safuan Baharuddin,
Agu Casmir (2)
-


LIONSXII 3-0 Sarawak

LIONSXII bangkit selepas keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir mereka dengan menewaskan Sarawak di Stadium Jalan Besar semalam.

Keputusan itu juga bermakna LIONSXII kekal di tempat pertama dalam Liga Super Malaysia.


Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan tanpa penyerang-penyerang utama mereka - LIONSXII tanpa kapten Shahril Ishak dan Sarawak tanpa Ashri Chuchu.

Walaubagaimanapun, ketiadaan Shahril tidak dirasai oleh rakan-rakan sepasukannya dengan LIONSXII memulakan perlawanan dengan baik dan membuka tirai pada minit ke-7 melalui Safuwan Baharudin.

Lontaran Shaiful Esah di sayap kanan menyebabkan kekeliruan dalam kotak penalti Sarawak dan Safuwan mengambil kesempatan itu untuk memberikan pasukannya pendahuluan dalam perlawanan itu.

LIONSXII terus menguasai perlawanan dan membuat banyak serangan.
Agu Casmir, yang kembali ke kesebelasan utama LIONSXII, menjaringkan gol kedua mereka selepas penjaga gawang Sarawak, Saiful Amar tidak dapat menangkap bola pada minit ke-35. Jaringan itu adalah jaringan keempat beliau musim ini.

Separuh masa kedua bermula seperti separuh masa pertama.

Sarawak cuba untuk mencari jaringan pertama mereka melalui pemain sayap Azizan Saperi dan penyerang Khairul Azahar. Namun kedua-dua pemain itu mensia-siakan peluang sepakan percuma mereka.

Dan LIONSXII menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-60.

Usaha Agu Casmir dari hantaran Shahdan Sulaiman ditepis oleh Saiful dan Agu kemudian menjaringkan dengan mudah bola yang terlepas itu.

Jaringan itu merupakan sumbangan terakhir beliau pada malam itu sebelum digantikan oleh Khairul Nizam.

Nizam mempunyai beberapa peluang baik tetapi Saiful menghalang beliau setiap kali.

Keputusan itu bermakna LIONSXII kekal di tempat pertama dan Sarawak di tangga kelapan dalam Liga Super Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...