Monday, May 14, 2012

Misi Harimau Muda terbantut


Harian Metro

MISI Harimau Muda untuk terus mengejar pendahulu liga, Brunei DPMM FC terbantut selepas tewas 2-3 kepada Tampines Rovers sekali gus jatuh ke tangga keempat dalam saingan Liga Singapura (Liga-S) di Stadium Yishun, Singapura, malam tadi.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, gol yang dinanti-nanti Harimau Muda hadir pada minit ke-53 hasil sepakan lencong A Thamil Arasu yang mengambil kesempatan daripada kekalutan yang berlaku dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Sasa Dreven.

Malang buat Harimau Muda akibat tindakan keras Mohd Syazwan Tajuddin menjatuhkan Jamil Ali dalam kotak penalti menyebabkan pengadil Leow Thiam Hoe tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-64 dan Mustafic Fahrudin mudah menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.



Derita Harimau Muda berterusan pada minit ke-71 selepas Tampines Rovers menambah jaringan hasil sepakan deras Ismad Mokhtar dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kiri pintu gol menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi.


Namun semangat juang anak didik Ong Kim Swee tidak pernah lentur sebaliknya bangkit untuk menyamakan jaringan pada minit ke-76 hasil bola rembatan deras pemain gantian Syahrul Azwari Ibrahim bagi mengikat kedudukan 2-2 tetapi ia tidak bertahan lama apabila seminit kemudian Tampines Rovers memastikan kemenangan buat pasukan itu menerusi Jamil Ali akibat kecuaian benteng pertahanan Harimau Muda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...