Sunday, May 20, 2012

Sime Darby lakar sejarah


BH Online

“KALAH kepada Kelantan hanya dengan sepakan penalti cukup menaikkan semangat kami untuk terus mencapai kejayaan di pertandingan lain," kata ketua pasukan Sime Darby, Es Lizuan Zahid Amir selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. 

“Seperti yang kami cakap sebelum ini, kami tidak ada sebarang kerugian sekiranya tewas kepada Kelantan dan ia dapat menaikkan lagi semangat pasukan untuk cuba meraih kejayaan lain,” katanya.



Katanya, dia bersyukur kerana Sime Darby, pasukan berstatus kelab melakar sejarah tersendiri mara ke final. 

“Walaupun tewas, saya cukup bangga dengan prestasi yang dipamerkan semua pemain dan komitmen yang ditunjukkan pihak pengurusan yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami.” 

Katanya, usaha yang ditunjukkan semua pemain cukup bagus dan memberikan saingan kepada Kelantan meskipun menyedari lawan adalah pasukan yang kuat. 
Mengenai dirinya yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir itu, katanya, dia sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai pemain terbaik. 

“Ia satu anugerah yang cukup bermakna kepada saya selepas cedera selama tiga bulan dan hanya bermain pada aksi separuh akhir menentang Terengganu. Saya cukup gembira dengan anugerah pemain terbaik ini.”

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...