Tuesday, May 22, 2012

Subra mahu terus bermain



Pemain pertahanan Kelantan, S.Subramaniam masih kecewa terpaksa diganti dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.

Subra digantikan oleh Mohd Rizal Fahmi Rosid selepas mengalami kecederaan muka akibat perbalahan dengan penyerang Sime Darby, Patrick Ronaldinho Wleh.

Kakitangan perubatan Kelantan, Syarizan Samsuddin memberitahu jurulatih Kelantan Bojan Hodak bahawa Subra harus diganti selepas tidak dapat menghentikan pendarahan di muka beliau, walaupun pemain itu menegaskan beliau ingin terus bermain. Bekas pemain Perak itu mengalami luka di kening kirinya dan perlukan jahitan untuk menutup luka tersebut tetapi Subra rasa beliau boleh terus bermain.


Kelantan ditewaskan 2-1 oleh Terengganu di perlawanan akhir tahun lalu selepas Subra dan pemain tengah Shakir Shaari digantikan akibat kecederaan dan pemain pertahanan itu dapat merasakan perkara yang sama mungkin akan berlaku pada hari Sabtu lalu.

"Saya rasa fisioterapi kami terkejut selepas melihat luka saya dan tidak mahu saya mempunyai kecederaan yang lebih serius jadi dia memberitahu jurulatih bahawa saya harus diganti," kata Subra.

"Saya benar-benar berasa susah hati kerana tidak dapat menamatkan perlawanan dan ia mengingatkan saya tentang kekalahan kami di perlawanan akhir pada tahun 2011. Saya tidak sanggup untuk menonton perlawanan itu. Saya hanya lega selepas kami menjaringkan penalti.

"Saya rasa Wleh patut dihukum oleh FA Malaysia kerana kelakuan ganas. Ini bukan kali pertama beliau mencederakan seorang pemain semasa perlawanan. Nasib saya baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan tetapi saya rasa kami perlu menghapuskan permainan ganas dan permainan tidak profesional dalam bola sepak."

Hodak mengakui bahawa kakitangan perubatan beliau mungkin telah membuat keputusan tergesa-gesa untuk membuat penggantian.

"Kecederaan itu tidak begitu serius seperti yang kami fikirkan. Ia adalah luka yang agak besar tetapi tidak sedalam seperti yang kami bimbang," kata Hodak.

"Saya sentiasa mahu kakitangan perubatan saya untuk memberikan saya keputusan yang cepat tentang keadaan pemain kami tetapi saya rasa beliau telah membuat keputusan yang tergesa-gesa kali ini. Penggantian Subra telah menjejaskan rancangan kami untuk perlawanan itu."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...