Saturday, May 19, 2012

Tiket masih ada


Harian Metro

ORANG ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Sime Darby menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram berkata, daripada 85,000 tiket yang dicetak, masih ada baki 15,000 tiket yang belum terjual.


“Kami yakin baki 15,000 tiket itu akan habis dijual petang esok,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Beliau berkata, daripada keseluruhan tiket yang dicetak, 50,000 tiket diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan 15,000 keping kepada Sime Darby. “Pada hari ini, 5,000 daripada 20,000 tiket dijual sejak kaunter tiket di Stadium Nasional dibuka jam 10 pagi. Kaunter tiket masih dibuka esok (hari ini) bermula 10 pagi hingga perlawanan bermula pada jam 8.45 malam,” katanya.



Harga tiket perlawanan akhir Piala FA musim ini dijual pada harga RM40 bagi semua tempat duduk.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Salleh Mat Rashid berkata, pihaknya akan mengetatkan kawalan di kawasan stadium bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.


Beliau yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam turut mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak membawa bahan larangan seperti mercun dan bunga api kerana tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berdegil.


Beliau berkata, pintu stadium akan mula dibuka jam 4 petang dan penyokong kedua-dua pasukan dinasihatkan masuk mengikut pintu ditetapkan.

“Bagi penyokong Kelantan, mereka akan masuk melalui pintu berwarna biru, ungu dan hijau manakala penyokong Sime Darby, pintu merah dan kuning,” katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...