Saturday, June 2, 2012

Annuar sokong pindaan FAM


Harian Metro

TAN Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memutuskan untuk menggubal semua statut pada Mesyuarat Kongres Ke-8 pada 7 Julai depan.

Timbalan Presiden FAM itu bagaimanapun berharap sebelum pindaan itu dibuat, kajian terperinci dapat dilakukan supaya ia mampu mengubah dan mencorak FAM yang selari dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).


“Ia perlu ditegakkan dengan semangat statut itu sendiri bukan sekadar meminda istilah atau perkataan saja.

“Tapi apa yang dimaksudkan oleh badan gabungan ialah meminda semangat statut yang boleh menentukan corak bagaimana kita mentadbir FAM. Misalnya, betul ke FAM mahukan sistem yang mana hanya Presiden dan Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kenyataan,” katanya ketika ditemui dalam majlis perarakan membawa Piala FA ke Tesco Kota Bharu, semalam.

Hadir sama ketua jurulatih, Bojan Hodak dan kapten pasukan, Badri Radzi yang meraikan ribuan peminat hadir di pasaraya berkenaan.

Annuar diminta mengulas kenyataan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang memutuskan untuk menggubal semua statut semalam.

Hamidin berkata keputusan itu dibuat sebaik mendapat saranan Fifa pada mesyuarat badan induk bola sepak dunia sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...