Saturday, June 16, 2012

FAM perhatikan Sarawak


Sumber: EspnStar.My

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan mengukuhkan kawalan keselamatan di Stadium Sarawak esok bagi pertemuan Sarawak dengan Selangor.

Timbalan Presiden FAS, Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata tindakan itu perlu untuk menepati kehendak FAM sebelum mereka menggugurkan sepenuhnya penalti beraksi tanpa penonton yang dikenakan ke atas FAS.

"Walaupun FAM kini telah membenarkan penonton kembali ke stadium kami masih perlu menepati beberapa arahan dan peraturan tegas yang harus dipatuhi," katanya.


"Kami difahamkan FAM akan menghantar lima pegawai untuk mengawasi kawalan keselamatan yang kami telah sediakan...dimana kami akan mengukuhkan keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlawanan untuk memastikan kejadian tidak diingini berlaku," kata Abu Bakar.

"Kami turut akan pastikan tiada botol, tin minuman, payung, alat tajam dan mercun di bawa ke dalam stadium," katanya yang menegaskan polis dan pengawal keselamatan akan ditugaskan mangawal penonton.

Tambahnya lagi: "Semasa perlawanan, pengawal keselamatan beruniform dan berpakaian biasa akan memerhati dan megawasi penyokong...mereka telah diberi kuasa untuk bertindak ke atas mereka yang membuat masalah.

Peniaga atau penjual juga dilarang untuk berniaga di dalam stadium untuk memastikan objek seperti botol kosong atau tin tidak digunakan oleh penonton untuk dibaling ke padang.

"Saya merayu kepada penonton untuk menjaga tingkah laku semasa perlawanan dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan imej mereka dan FAS," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...