Friday, June 15, 2012

Kelantan diundi lawan sukar


KUALA LUMPUR - Kelantan berdepan lawan sukar pada peringkat suku akhir Piala AFC apabila menentang kelab Iraq, Arbil pada majlis undian di sini, semalam.


Arbil, juara Kumpulan B pusingan awal akan menentang Red Warriors pada perlawanan suku akhir timbal balik 18 September dan 25 September ini (Kota Bharu).



Jika berjaya melepasi Arbil, yang pernah mara ke separuh akhir Piala AFC tahun lalu, skuad Bojan Hodak bakal berdepan pemenang antara Chonburi (Thailand) dengan Al Shorta (Syria) pada pusingan berikutnya.


Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata: "Walau siapa pun lawan kami pada suku akhir nanti, ia tetap sebuah pasukan yang kuat.


"Iraq merupakan salah satu gergasi bola sepak Asia walaupun dalam keadaan negaranya yang bergolak.


"Kelantan bakal menyenaraikan beberapa muka baru bagi menghadapi suku akhir Piala AFC termasuk tonggak import baru, Keita Mandjou."


Arbil dikatakan membariskan hampir kesemua pemain tempatan selain memiliki pemain import dari Uganda, Mongolia dan Nigeria.


Gelanggangnya, Stadium Franso Hariri terletak kira-kira 600 kilometer dari ibu negara Iraq, Baghdad.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...