Thursday, June 21, 2012

Kelantan mahu julang piala awal


Kelantan merancang untuk merangkul kejuaraan Liga Super sebelum pasukan LIONSXII menyambung semula saingan liga mereka.

Pendahulu liga setakat ini, LIONSXII kini berehat selama tiga minggu dari Liga Malaysia untuk memberi tumpuan kepada Kelayakan Piala AFC B-22 di Indonesia bulan hadapan.

Semasa ketiadaan mereka, Kelantan harus mengambil peluang sepenuhnya untuk mengatasi mereka dalam saingan Liga dan tidak mustahil Kelantan mampu merangkul kejuaraan sebelum LIONSXII kembali.


LIONSXII kini mempunyai 50 mata, enam mata lebih dari Kelantan tetapi telah beraksi lebih lima perlawanan dari Kelantan.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berharap Red Warriors tidak akan mencicirkan sebarang mata semasa ketiadaan LIONSXII.

"Pemain harus konsisten dalam perlawanan dan jika semua berjalan lancar, kami mampu merangkul kejuaraan sebelum LIONSXII menyambung liga semula," kata Azman kepada The Star.

Namun, terdapat beberapa kecederaan di bahagian pertahanan. Antaranya adalah Farisham Ismail, Obinna Nwaneri, Zairul Fitree dan Aziz Ismail.

"Kami harus berhati-hati dalam baki perlawanan kerana pasukan lain selalunya akan beraksi dengan lebih baik jika bertemu kami.

"Kami mengalami kesukaran bertemu Kuala Lumpur sebelum ini dan hanya menang 1-0 melalui jaringan penalti. Pasukan kebanyakannya akan mempertahankan dan itu sukar buat kami," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...