Sunday, June 17, 2012

Lions belasah Sabah 9-0




KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Lions XII meraih kemenangan terbesar pada saingan Liga Super musim ini apabila berkenduri gol membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.


Agu Casmir membuka tirai jaringan pada minit ke-19 sebelum Hariss Harun yang bertindak selaku ketua pasukan melakukan jaringan kedua pada minit ke-22 sebelum meledak hatrik dengan dua lagi gol pada minit ke-41 dan 73.



Shahdan Sulaiman mencetak dua lagi jaringan pada minit ke-63 dan 65 manakala jaringan Lions yang lain disumbangkan Irwan Syah (minit ke-68) Sufian Anuar (minit ke-84) dan pemain Sabah, Shahrul Azhar menjaringkan gol sendiri minit ke-89.


Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan terus mengekori rapat kedudukan Lions apabila mencatat kemenangan 2-1 hasil jaringan sendiri Mohd. Fazliata Taib (minit ke-46) dan Mohammad Ghaddar (minit ke-54) manakala gol Kedah melalui Khyril Muhymeen (minit ke-88).


Selangor turut meraikan kemenangan dengan mengalahkan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching hasil jaringan Bosko Balaban pada minit ke-8 sementara PKNS dan Kuala Lumpur seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.


Gol daripada Mohd. Rafiuddin Roddin (minit ke-10) dan Albert Ebosse Bodjongo (minit ke-50) sudah cukup buat Perak meraih kemenangan 2-1 ke atas Johor FC yang mendapat jaringan sagu hati melalui Arthur Henrique pada minit ke-68 di Stadium Perak, Ipoh dan Felda United menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Melaka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...