Wednesday, June 27, 2012

Sabah jemput pemain LIONSXII


Sumber: Espn.Star.My

Sabah telah menjemput pemain LIONSXII, Baihakki Khaizan dan Shaiful Esah untuk beraksi dalam perlawanan menentang QPR pada 17 Julai ini.

Menurut TODAY, pemain pertahanan Singapura dan LIONSXII, Baihakki Khaizan dan Shaiful Esah akan menyertai skuad Sabah bagi perlawanan persahabatan dengan Queens Park Rangers yang akan ke Kota Kinabalu bagi aksi pra-musim.


Kedua-dua pemain itu akan berangkat ke Kota Kinabalu pada 15 Julai selepas LIONSXII bertemu Johor FC pada perlawanan terakhir liga.

Beradasarkan peraturan Liga Malaysia tahun depan yang menguatkuasakan had umur Bawah-23 untuk LIONSXII, ini bermakna Baihakki, 28 dan Shaiful, 26 mungkin tidak lagi beraksi untuk LIONSXII.

"Besar kemungkinan saya tidak boleh beraksi untuk LIONSXII lagi dan kini telah bulan Julai, jadi saya mengalukan perbincangan untuk musim depan." kata Baihakki.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...