Monday, June 18, 2012

Scully sah teraju skuad Singa Utara


Harian Metro

BEKAS juara dua kali Piala Malaysia, Perlis mendapat khidmat ketua jurulatih baru bagi mengharungi baki kempen Liga Perdana, musim ini mulai 15 Jun lalu.


Individu yang menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) ialah bekas pemain Pulau Pinang dan pengendali skuad Liga Perdana Pulau Pinang musim lalu, Robert Scully.



Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas bekas ketua jurulatih skuad Singa Utara itu, Abdullah Hassan secara sukarela tidak mahu meneruskan khidmatnya berikutan prestasi pasukan kurang memberangsangkan, baru-baru ini.


Setiausaha Eksekutif PFA, Ku Besry Ku Aziz yang mengesahkan mengenai perlantikan itu berkata, pemilihan Robert bagi mengendalikan skuad itu dilakukan selepas bekas pengendali, Abdullah ‘keberatan’ meneruskan khidmatnya, akhir Mei lalu.


Tugas pertama Robert ialah membimbing skuad Singa Utara itu bertandang ke Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya untuk berdepan Angkatan Tentera Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...