Thursday, July 19, 2012

Jang Jung ganti Norizan


Harian Metro

JANG Jung yang pernah membantu Perak sebagai pemain pada 1990-an kembali ke dalam kancah bola sepak Liga M tapi kali ini sebagai jurulatih Seladang.

Ini berikutan tindakan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengambil khidmat pemain skuad Olimpik Korea Selatan 1988 itu menjadi pengendali menggantikan Norizan Bakar bagi menghadapi kempen Piala Malaysia 2012 bermula selepas Hari Raya Puasa nanti.


Pelantikan bek tengah yang bersama dua pemain Myanmar, Aung Naing dan Kyi Lwin membantu Perak menjulang Piala FA 1990 itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di Ipoh, semalam..


Berikutan itu, Zainol berkata, Norizan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jan yang masih mempunyai kontrak sehingga Oktober akan diberi peranan lain sekembali dari bercuti.


Ura-ura Norizan akan digantikan bertiup kencang selepas bekas penggendali berpengalaman itu direhatkan dalam baki dua perlawanan Liga Super antara Perak dengan Kedah dan Kuala Lumpur.


Perak di bawah kendalian penolong jurulatih, Chong Yee Fatt kalah kepada Kedah 1-2 sebelum bangkit membaham Kuala Lumpur 5-2 dalam perlawanan terakhir untuk mengesahkan kedudukan di tangga keempat musim ini.

Malah spekulasi itu bertambah kuat apabila kelibat Jang Jung kelihatan di Stadium Perak ketika Perak bertemu Kuala Lumpur 14 Julai tapi ia segera dinafikan oleh pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun.


Namun segala teka- teki berakhir apabila Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri membuat pengumuman mengenai pelantikan bekas pemain Olimpik Korea Selatan itu.

“Jang Jung akan memulakan tugasnya pada 23 Julai ini iaitu tarikh pemain kembali daripada bercuti selepas perlawanan terakhir liga, Sabtu lalu,”katanya.


Katanya, Pafa mengekalkan khidmat penolong jurulatih, Yee Fatt selain menaikkan penggendali skuad Piala Presiden dan Sukma, Abu Bakar Fadzim sebagai penolong jurulatih tambahan.


Turut diganti ialah jurulatih penjaga gol, Talib Saidi yang tugasnya kini diambil alih oleh bekas penjaga gol negeri, 1994-1995, Zamzuri Md Noor. Zamzuri juga adalah jurulatih penjaga gol skuad Piala Presiden dan Sukma Perak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...