Tuesday, July 31, 2012

Kafa pasrah keputusan FAM


Harian Metro

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menghantar jawapan berhubung surat pertuduhan kepada penyerang import, Mohammed Ghaddar yang didakwa mengasari pemain Selangor, Mohd Bunyamin Umar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, selepas menghantar surat jawapan itu, Kafa hanya menunggu keputusan yang bakal ditentukan FAM kerana sudah tiada apa boleh dipertikai Kafa.


“Apapun keputusan FAM, Kafa akan menerimanya dan kini kami hanya menunggu keputusan saja.

“Kami harap siasatan terperinci dibuat FAM bagi memperoleh keputusan yang adil,” katanya.

Pada 25 Julai lalu, Kafa dikejutkan surat Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk Ghaddar yang didakwa mengasari pemain Selangor, Bunyamin Umar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...