Friday, July 13, 2012

Perak tetap puas hati


Harian Metro

KEDUDUKAN di tangga keempat tetap pencapaian terbaik buat Perak.

Justeru pengendali sementara Perak, Chong Yee Fatt berharap pemain Seladang memastikan pasukan Yob menduduki posisi itu musim ini. dengan menghasilkan kemenangan dalam perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur di Ipoh, malam esok.



“Tempat keempat adalah pencapaian terbaik yang mampu kami berikan kepada persatuan dan peminat kali ini.

“Begitupun bagi merealisasikan impian kami perlu menang ke atas Kuala Lumpur nanti tanpa perlu bergantung pada keputusan perlawanan lain,” katanya mengulas perlawanan terakhir itu.


Perak ketika ini menduduki tangga keempat dengan mengutip 39 mata mengatasi pencabar terdekat Terengganu dengan satu mata.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...