Monday, July 9, 2012

Rozaimi sedia sertai BEC Tero Sasana


Harian Metro

PENYERANG muda negara yang semakin mengukir nama, Rozaimi Abdul Rahman mempertimbangkan hasrat untuk beraksi di luar negara dengan menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.

Beliau yang ditemui sebaik tamat perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Likas, Kota Kinabalu, di sini, kelmarin, berkata penghijrahan itu mampu memberi pengalaman baru dalam mengejar usaha menjadi pemain terbaik di rantau ini.


“Saya sangat bersemangat sebaik dimaklumkan mengenai tawaran itu, lebih-lebih lagi ia memberi pendedahan baru kepada saya dalam meningkatkan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

“Malah, negara itu (Thailand) sendiri adalah antara pasukan terkuat di rantau ini dan saya berbangga sekiranya dapat beraksi dalam liga negara itu,” katanya.

Rozaimi berkata, dia dimaklumkan mengenai tawaran itu oleh jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee selepas perlawanan menentang Vietnam ketika kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Yangon, Myanmar, baru-baru ini.

“Namun, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang pengesahan hitam putih membabitkan tawaran itu,” katanya.


“Ketika ditanya mengenai nasihat rakan sepasukan mengenai tawaran itu, Rozaimi mengakui perasaannya turut berbelah bahagi ekoran dakwaan beberapa pemain berpengalaman negara terhadap ketelusan kempen liga negara terbabit.

“Antaranya susulan timbul desas-desus mengenai kualiti permainan di negara Gajah Putih itu yang tidak profesional selain menjual perlawanan.

“Saya akan memikirkan perkara ini semasak-masaknya termasuk menimbang tawaran menyertai pasukan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, penyerang muda kelahiran Bongawan itu berjaya mempamerkan aksi mengagumkan apabila muncul penjaring terbanyak selepas meledak 10 gol pada aksi kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar.

2 comments:

  1. ckp je la klu nak duit,gua ble bayar lu lah.. penting sangat ka duit tu berbanding berjuang untuk tanah air di arena bola sepak.. "pengalaman baru" alasan ja tu bro..haha x lama sabah hawk jd jahanam klu gni,suma pemain berbisa dia,lari lintang pukang join kelab lain.... syg alyarham mokhtar dahari xda,dulu alyarham dpt bnyk offer pun,x jga pergi tp sebaliknya memilih tuk berjuang ngan tanah air...

    ReplyDelete
  2. Macam tahi ja ko comment2 g2..ko ingt ko bnyk duit uda..rozaimi ingin mncari pngalaman baru apa salahnya..ko tahu apa??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...