Monday, October 29, 2012

Amri Yahyah sertai PKNS?



 Amri Yahyah

KAPTEN Selangor, Amri Yahyah dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu dan menyertai pasukan 'adik' Selangor iaitu PKNS, musim depan.

Sumber dari Lembah Klang mendedahkan, perpindahan itu belum dimuktamadkan namun sudah ada perbincangan lisan mengenainya.

"Ya, ada peluang Amri sertai PKNS," kata sumber berkenaan.


Selain Amri, beberapa pemain utama The Red Giants juga dikatakan berhijrah ke pasukan lain antaranya G Jeevananthan (penjaga gol). Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Razman Roslan, R Surendren, Azidan Sarudin dan K Solihin.

Baru-baru ini, pasukan Johor melahirkan hasrat memancing Safiq, namun tidak mahu terburu-buru kerana pemain tengah Merah Kuning itu terikat tugasan dengan skuad kebangsaan sebagai persiapan mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...