Tuesday, October 30, 2012

Mat Yo, Pemain Paling Bernilai


Sumber: arena.my

Pasukan Kelantan dan ATM mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012 apabila wakil dari kedua-dua pasukan itu memenangi pelbagai anugerah yang ditawarkan.

Pasukan Kelantan dinobatkan Persatuan Bola Sepak Terbaik, manakala dua pemainya turut meraih anugerah masing-masing. 

Khairul Fahmi Che Mat menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik manakala Norshahrul Idlan Talaha dipilih sebagai Penyerang Terbaik buat kali ketiga berturut-turut selain menerima Anugerah Supermokh, iaitu Pemain Paling Bernilai.


Sementara itu, empat anugerah telah diterima pihak ATM iaitu menerusi B. Sathianathan (Jurulatih Terbaik), Aidil Zafuan (Pertahanan Terbaik),  Marlon Alex James (Pemain Import Terbaik) serta penyokong ATM (Kelab Penyokong Terbaik).

Pemain kebangsaan, Safiq Rahim menjadi wakil tunggal daripada pasukan Selangor menerima anugerah apabila dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012:-

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi

Pemain Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha

Pemain Harapan: Rozaimi Abdul Rahman

Pemain Paling Bernilai (Anugerah Supermokh): Norshahrul Idlan Talaha

Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James

Jurulatih Terbaik: B. Sathianathan

Persatuan Bolasepak Terbaik: Kelantan FA

Kelab Terbaik: Sime Darby FC

Anugerah Penyokong Terbaik: Kelab Penyokong ATM

Pengadil Terbaik: Nafiz Abdul Wahab

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...