Friday, November 23, 2012

Izham, Irwan, Zaquan digugurkan


Sumber: EspnStar.My

Jurulatih Harimau Malaya hari ini telah menyenaraikan senarai skuad 22 pemain untuk saingan Piala Suzuki AFF yang akan bermula Ahad ini

Seperti yang dijangkakan, dua penjaga gol utama Harimau Malaya, Farizal Marlias dan Khairul Fahmi Che Mat dikekalkan dalam pasukan manakala penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi telah digugurkan dari skuad kebangsaan Malaysia itu.



Selain Izham, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Irwan Fadzli Idrus turut tidak disenaraikan dalam pasukan.

Zaquan Adha yang mengalami kecederaan pada perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada Selasa lepas terpaksa digugurkan dan tempatnya telah digantikan dengan Azamuddin Akil yang dipanggil semula mengukuhkan pasukan.

Berikut adalah senarai 22 pemain skuad Harimau Malaya:

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias

Pertahanan: Zubir Azmi, Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal Muhammad, Aidil Zafuan

Pemain tengah: Baddrol Bakhtiar, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, S.Kunalan, Safiq Rahim, Sahkir Shaari, Gary Robbat, Amar Rohidan

Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen, Fakri Saarani, Ahmad Hazwan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...