Wednesday, November 14, 2012

Pembelaan Azzuddin


Harian Metro

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak berdepan sebarang tindakan kerana berhak menyuarakan pandangan terhadap skuad negara.

Perkara terbabit dijelaskan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad selepas ada pihak mempertikaikan Tengku Abdullah beberapa hari lalu mengeluarkan kenyataan mengenai skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal.



Seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini didapati bersalah dan digantung selama dua tahun enam bulan selepas turut mengeluarkan kenyataan mengenai skuad kebangsaan.

“Saya perlu menjelaskan kenyataan dikeluarkan Tengku Abdullah adalah atas kapasitinya selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal. Itu adalah haknya dan ia sangat jelas,” kata semalam.


Tengku Abdullah beberapa hari lalu menasihatkan ketua jurulatih negara, Rajagobal memberikan perhatian lebih serius merencanakan kesebelasan utama selepas Harimau Malaya yang kini tampil selaku juara bertahan Piala AFF kecundang kepada Vietnam (0-1) dan Thailand, 0-2 dalam aksi persahabatan.


Tengku Abdullah dilapor berkata: “Saya nampak aksi skuad negara pada dua perlawanan persahabatan itu tidak konsisten dan bimbang dengan keadaan ini”.

Bagaimanapun Rajagobal ketika ditemui selepas pelancaran jersi baru skuad negara kelmarin mengambilnya sebagai komen membina dengan memberi alasan (mencuba pemain) mahu mencari keseimbangan dalam pasukan.


Ditanya mengenai perbezaan antara kenyataan Tengku Abdullah berbanding Annuar, Azzuddin berkata: “ (Kenyataan Annuar) dia mengaibkan. Ini adalah titah Tengku Abdullah untuk memberi nasihat kepada Rajagobal.

“Tengku Abdullah menasihatkan sudah cukup melakukan eksperimen kerana sudah hampir dengan Piala AFF,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...