Sunday, November 25, 2012

Tunggu bisa saya!



KUALA LUMPUR - Penyerang prolifik Harimau Malaya, Safee Sali berjanji kepada seluruh penyokong akan mempamerkan bisa sebenarnya apabila memulakan kempen mempertahankan Piala Suzuki AFF menentang Singapura, malam ini.

Menurut penyerang Pelita Jaya itu, misi utamanya adalah membantu mencipta kemenangan sulung di hadapan rakyat Malaysia tanpa mahu memikirkan soal siapa menjaringkan gol asalkan tiga mata penuh menjadi milik Harimau Malaya.



‘‘Sama ada saya menjaringkan gol atau tidak, itu bukan sesuatu yang mustahak kerana apa lebih penting pasukan kita mampu memenangi perlawanan dengan hari esok (hari ini) tanpa mengambil siapa penjaringnya.

‘‘Bukan itu sahaja, saya langsung tidak meletakkan sasaran peribadi untuk mempertahankan gelaran penjaring terbanyak asalkan kami mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF," katanya ketika ditemui sebelum memulakan sesi latihan terakhir di Wisma FAM, semalam.

Pada Piala Suzuki AFF 2010, dia menjaringkan lima gol dengan kesemua jaringan dihasilkan pada saingan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Bagi pemain berusia 28 tahun ini, kenangan memenangi trofi AFF dua tahun lalu akan kekal sebagai satu catatan sejarah, namun apabila mereka memulakan kejohanan edisi kali ini, ia satu babak yang berbeza.

‘‘Kali ini kita akan mempertahankan kejuaraan, itu sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini dan itu pasti lebih sukar, tambahan pula banyak pihak meletakkan harapan terlalu tinggi.

‘‘Namun, saya yakin berbekalkan sokongan padu para penyokong di tempat sendiri, pasukan ini boleh melakukan sesuatu yang lebih baik pada saingan peringkat kumpulan," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...