Saturday, January 5, 2013

Annuar jawab kritikan PBNJ


Sumber: Metro Online

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta beliau bertindak secara profesional dengan tidak mempolitikkan isu berkaitan tebus kontrak Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim.

Menurut Annuar, isu tebus kontrak Norshahrul atau Mat Yo hanya membabitkan Mat Yo dan Kafa, bukannya PBNJ.

“Isu tebus kontrak antara Mat Yo dan Kafa tiada kena mengena dengan PBNJ. PBNJ hanya terbabit dalam isu perpindahan dan kita tidak menghalang Mat Yo berhijrah ke Johor Darul Takzim,” katanya ketika dihubungi, semalam.

1 comment:

  1. bila lantik budak hingusan untuk mengendalikan sesuatu persatuan, cakap sesuka hati, ini lah akibatnya. tak de pengalaman mengendalikan sesuatu persatuan, cuma mengunakan kedudukan untuk memberi komen...apa ka jadah nya ini....sampai bila bila pun bolasepak kita bertaraf kampung la.....jd jaguh kampung je....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...