Thursday, January 24, 2013

Dollah gembira pertahanan Tok Gajah makin mantap


Sumber: Utusan Online

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Dollah Salleh gembira melihat peningkatan aksi pemain bahagian pertahanan yang sebelum ini mengundang resah dalam kalangan penyokong skuad Tok Gajah.

Namun begitu, tegasnya perlawanan menentang Terengganu kelmarin menyaksikan masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki di bahagian benteng, biar pun berjaya mengekang gawang daripada dibolosi.



“Banyak yang harus diperbetulkan khasnya bahagian pertahanan yang masih agak longgar lagi tapi saya percaya pemain-pemain telah beri yang maksimum dan nampak ada kebangkitan pada bahagian pertahanan.

“Alhamdullillah, pertahanan berjaya menunjukkan corak permainan yang begitu baik setelah kita dibolosi enam gol dalam perperlawanan ini" katanya.

Dollah ditemui pemberita selepas aksi Pahang menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur kelmarin yang berkesudahan kemenangan 3-0 buat skuad bimbingannya.

Pada perlawanan tersebut, goll Pahang dijaringkan Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-75 dan ke-89 manakala satu lagi gol oleh penjaring terbanyak Tok Gajah, Mohd. Fauzi Rozlan pada minit ke-77.

Sementara itu, Dollah berharap anak buahnya mampu mengekalkan corak permainan yang ditunjukkan kelmarin sekali gus memperlihatkan kemampuan untuk bangkit setelah tewas kepada Selangor pada aksi sebelum ini.

“Kemampuan kita kekalkan corak permainan seperti menentang Terengganu cukup penting kepada pasukan.

“Cuma pada separuh masa pertama kita bermain baik tetapi kita melepaskan peluang-peluang yang tercipta.

“Namun Alhamdullilah pada separuh masa kedua permainan kita agak berbeza sikit ekoran daripada kemasukan Mohd. Hafiz Kamal," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...