Thursday, January 17, 2013

FAM jelas isu Safiq digugur


Sumber: Sinar Harian

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mejelaskan ketua pasukan kebangsaan, Safiq Rahim digugurkan daripada senarai 26 pemain Harimau Malaya bagi mengikuti latihan menjelang pusingan kelayakkan Piala Asia 2013 di Doha bulan depan kerana menerima kad merah.

Kenyataan FAM menyebut, barisan kejurulatihan skuad kebangsaan tidak menyenaraikan Safiq selaku ketua pasukan kerana masih digantung satu perlawanan antarabangsa selepas menerima kad merah ketika menentang Singapura pada pusingan Kelayakan Piala Dunia.




Keputusan itu juga dibuat berpandukan kepada undang-undang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Adalah dimaklumkan barisan kejurulatihan Pasukan Kebangsaan tidak menyenaraikan Safiq Rahim Ketua Pasukan Malaysia bagi perlawanan Qatar dengan Malaysia pada 6 Februari 2013 kerana berpandukan kepada undang-undang AFC.

"Ini adalah disebabkan Safiq Rahim masih digantung satu lagi Perlawanan Antarbangsa akibat menerima kad merah ketika semasa Perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, pada 23 Julai 2011.

"Sehubungan dengan laporan yang disiarkan oleh salah sebuah akhbar yang menyatakan yang Safiq Rahim digugurkan adalah tidak tepat. Beliau tidak disenaraikan atas sebab-sebab teknikal," kata kenyataan itu.

Antara muka baru yang bakal diuji oleh jurulatih Datuk K Rajagobal ialah Muhamad Fauzi Rozlan dari Pahang dan Nor Farhan Muhammad (Kelantan).

Safiq yang bersama Darul Takzim FC pada Liga Malaysia musim ini, dilihat masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pasukan barunya dan pengguguran pemain tengah berusia 25 tahun itu mungkin bukan satu yang terlalu mengejutkan.

Di samping itu, pemain-pemain yang menganggotai skuad Piala Suzuki AFF 2012 yang turut digugurkan Azmi Muslim, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Hazwan Bakri sementara Zubir Azmi serta Baddrol Bakhtiar sekadar diletakkan dalam senarai menunggu.

Berikut senarai 26 pemain bagi kempen kelayakkan Piala Asia:

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlias
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
6. Mohd Bunyamin Umar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Gurusamy Govandar Kandasamy
9. Kunalan Subramaniam
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Mohd Safee Mohd Sali
13. Azamuddin Mohd Akil
14. Muhammad Fauzi Rozlan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
17. Mohd Shakir Shaari
18. Mohd Nor Farhan bin Muhammad
19. Mohd Faizal Muhamad
20. Mohd Ashari bin Samsudin
21. Amiridzwan Taj Tajudin
22. Reuben Thayaparan Kathiripillai
23. Amar Rohidan
24. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
25. Wan Zack Haikal Wan Nor
26. Gary Steven Robbat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...