Wednesday, January 2, 2013

Kedah sasar kembali ke Liga Super musim depan



ALOR SETAR - Pasukan bola sepak Kedah yang beraksi dalam Liga Perdana musim ini berazam untuk kembali mencari tempat dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Penolong Pengurus Pasukan Kedah, Amirul Nizam Mahathir berkata, skuad bimbingan jurulatih dari Croatia, Mario Tot itu kini berada dalam prestasi yang memberangsangkan untuk memulakan saingan pada 7 Januari ini di mana skuad Kenari akan menentang UiTM FC di Melaka.



"Sesi latihan dah di peringkat akhir dan dalam lima siri perlawanan persahabatan yang telah diadakan dan prestasi Kedah sangat baik.

"Kita sasar untuk berada di tangga dua teratas dalam Liga Perdana supaya dapat kekalkan momentum untuk ke Liga Super pada musim depan," katanya.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengumumkan senarai 21 pemain dengan sebahagian besar pemain merupakan anak negeri termasuk Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali semula menyarung jersi hijau kuning bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Kedah juga memanggil semula pemain import, Nelson Martin dari Chile yang pernah membantu skuad Kenari merangkul juara treble bagi musim 2007/08.

Pasukan itu juga bakal diperkuatkan dengan pemain import baharu dari Brazil, Chayene Mederiros Oliveiro Santos.

Kedah turut diperkuat dengan ayam tambatan mereka, Baddrol Bakhtiar dan Mohd. Khyril Muhymeen Zambri sekali gus menutup desas-desus bakal meninggalkan negeri jelapang padi ini.

Pemain lain yang dikekalkan ialah Mohamad Muhaimin Mohamad, Mohd. Fiqry Md Isa, Khairul Helmi Johari, Mohd. Sabree Mat Abu, Fazliata Taib, Mohd. Faizal Abu Bakar, Abdul Hadi Abdul Hamid, Hattaphon Bun An, Wan Mohd. Syukri Wan Ahmad, Mohamad Syamim Alif Mohd. Sobri dan Muhammad Ridzuan Rumlee.

Skuad Kenari turut mendapatkan enam tenaga baru dari Sabah, Mohd. Fariss Azlan Mat Isa dan Zuraindet Jumai di samping Hariri Mohd. Safi (Terengganu), Wan Hossein Wan Abd. Ghani (Perak), Arman Fareez Mohd. Ali (Kuala Lumpur) dan Mohd. Shahrul Ezrain Shamsuddin (T. Team).kembali-ke-Liga-Super-musim-depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...