Friday, January 4, 2013

Lapan pemain Pahang rebut empat kekosongan

Sumber: Metro Online
 
HANYA ada empat kekosongan tapi lapan pemain mengintai peluang untuk mengisi slot posisi tengah skuad Pahang musim ini.
 
Memang sukar tapi itulah situasi dialami ketua jurulatih, Dollah Salleh dalam misinya membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala selepas Pahang mengalami kemarau kejayaan di pentas bola sepak tempatan.

Dollah sedar posisi tengah itu amat penting dalam menentukan kejayaan setiap pasukan dan untuk itu, beliau perlu memilih antara lapan pemain, Mohd Azamuddin Md Akil, Mohd Amirul Hadi Zainal, R Surendran, Azidan Sarudin, Mohd Faizol Hussien, Mohd Hazuan Mohd Daud, Mohd Hafiz Kamal dan R Gopinathan untuk diletakkan di posisi itu.

Saingan untuk posisi itu memang sengit terutama buat pemain lain kerana Mohd Azamuddin, Mohd Amirul Hadi, Surendran dan Azidan bukan calang-calang nama kerana sudah membuktikan keupayaan mereka.

Bagi Mohd Amirul Hadi, kehadiran ramai pemain di posisi tengah pastinya memberi banyak pilihan buat jurulatih melengkapkan kesebelasan terbaik memandangkan posisi itu adalah nadi pasukan.

“Sebagai pemain, saya akan meyakinkan jurulatih kami sentiasa sedia untuk diturunkan tapi segala keputusan bergantung kepada beliau. Pada saya, ramai pemain tengah akan memberi banyak pilihan kepada jurulatih untuk disenaraikan andai berlaku kecederaan,” katanya.


Sementara itu, Mohd Hafiz yang beraksi dalam kesebelasan utama musim lalu mengaku perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan jurulatih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...