Saturday, January 5, 2013

Stadium Lumut boleh main malam


Sumber: Metro Online

KELUH-kesah peminat Seladang mungkin reda sedikit apabila perlawanan bola sepak Liga Super 2013 membabitkan Perak di Stadium Lumut bermula Selasa ini boleh diadakan pada sebelah malam.

Kelulusan itu diperoleh daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pemeriksaan tahap pencahayaan stadium di pangkalan Tentera Laut itu dilakukan kelmarin.



Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, bacaan cahaya di stadium itu sebanyak 1,700 lux, melebihi had ditetapkan FAM, 1,000 lux.

“Pafa sudah mendapat surat pengesahan FAM dan perlawanan di Stadium Lumut boleh diadakan di sebelah malam.

“Ini perkembangan baik buat peminat yang sebelum ini berada dalam dilema jika perlawanan diadakan pada sebelah petang kerana perlu mengambil cuti dan menghadapi pelbagai kesukaran lain,” katanya.

Perak terpaksa bermain di Stadium Lumut yang mempunyai kapasiti 18,000 penonton apabila tergolong dalam kelompok pasukan tidak boleh mengadakan perlawanan di sebelah malam kerana cahaya Stadium Perak di Ipoh tidak menepati piawaian FAM.

Berikutan itu Perak terpaksa bermain di Lumut untuk sekurang-kurangnya lima perlawanan bermula dengan pertemuan menentang T-Team.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...