Friday, January 4, 2013

T-Team terima tajaan RM6j

Sumber: Metro Online
 
MUSIM baru Liga Super bermula mewah buat T-Team apabila pasukan yang kini popular dengan jolokan The Titans menerima suntikan penajaan berjumlah RM6.28 juta.
 
Kerajaan negeri menghulurkan tajaan RM3 juta manakala Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), Hexatrend Sdn Bhd dan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, masing-masing menaja pasukan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT) atau T-Team itu dengan jumlah RM1 juta.

Tajaan lain diterima daripada Sabasun Hyper Runcit (RM80,000), Desa Murni Sdn Bhd (RM50,000), CVE-Kappa Commercial Ventures Enterprise-Kappa (RM50,000), Bahrumazi Enterprise (RM50,000) dan ANJ Ventures Sdn Bhd (RM50,000).

Dalam majlis penerimaan tajaan yang sama di Kuala Terengganu malam kelmarin, pasukan Terengganu juga menerima tajaan kerajaan negeri dan beberapa syarikat lain namun pengurusan Sang Penyu enggan mempamerkan jumlah penajaan yang mereka terima untuk musim ini.

Sebelum itu, pemain dan jurulatih T-Team serta Terengganu menandatangani kontrak musim baru disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Ahmad dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sanggup menghulurkan bantuan kewangan kepada kedua-dua pasukan yang bertanding dalam Liga Super asalkan semua yang terbabit dengan pasukan sanggup memberikan komitmen tinggi untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Terengganu.

“Pemain pula mestilah berdisiplin dan mempunyai tahap kecergasan tinggi kerana mereka sepatutnya mampu bermain selama 120 minit dan bukannya hanya boleh bermain selama 90 minit saja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...