Monday, February 18, 2013

Lions XII ancam emas kita

Sumber: Utusan Online
 
KUALA LUMPUR - Penyertaan Lions XII dalam Liga Malaysia memberi kelebihan buat skuad kebangsaan negara jiran itu mempersiapkan skuad kebangsaan yang mantap untuk menghadapi Sukan SEA 2013.

Lantaran itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tanpa ragu-ragu melabelkan Singapura sebagai pencabar utama Malaysia dalam misi kita mempertahankan emas acara bola sepak di Myanmar pada Disember nanti.

Jika diperhalusi, Lions XII yang beraksi dalam Liga Super hanya menyenaraikan lima pemain senior yang melepasi umur 23 tahun.


Tidak keterlaluan jika dikatakan Liga M merupakan platform terbaik buat Singapura melakukan persiapan dan mencipta keserasian sebelum Sukan SEA 2013.

Formula ini hampir sama dengan penyertaan pada tahun pertama Lions XII dalam saingan Liga Malaysia tahun lalu, apabila mereka menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 menerusi skuad yang ditunjangi oleh pemain Lions XII.

Mungkinkah kejayaan yang sama akan berulang pada Sukan SEA 2013, kerana Lions XII didedahkan dengan perlawanan kompetitif dalam saingan Liga Super.

Ini dipersetujui Kim Swee yang berkata, hasil penelitiannya terhadap aksi Lions XII, Malaysia perlu mengambil serius kekuatan pasukan negara jiran itu pada Sukan SEA 2013 nanti
Dengan hanya membariskan beberapa pemain senior berbanding pasukan tahun lalu, pasukan kali ini mempamerkan peningkatan daripada setiap perlawanan.
“Mereka mempunyai ramai pemain berkualiti, mereka boleh menjadi lebih baik jika diberikan pendedahan berterusan dalam liga kita," katanya ketika dihubungi, semalam.

LionsXII yang menduduki tangga kedua dalam Liga Super selepas enam perlawanan hanya menyenaraikan Shahril Ishak, Baihakki Khaizan, Muhd. Irwan Syah, Fazrul Nawaz dan Isa Halim sebagai pemain yang melebihi umur 23 tahun.

Antara pemain muda yang menjadi nadi kepada LionsXII adalah Harris Harun, yang disifatkan Kim Swee sebagai pemain versatil, serta Safuwan Baharudin.
Haris boleh bermain di mana-mana posisi, sama ada tengah dan pertahanan.
“Manakala seorang lagi pemain, Safuwan juga masih boleh mewakili Singapura pada Sukan SEA nanti. Dia bermain dengan cukup baik semasa Piala Suzuki AFF serta dalam Liga Malaysia, " katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...