Wednesday, March 13, 2013

FAM ubah peraturan perpindahan

Foto
HAMIDIN (kanan) mengadakan sidang media di FAM.
Sumber: Metro Online
 
Kelana Jaya: Mana-mana pemain tempatan yang gagal menepati kehendak pasukan mungkin digugurkan pada pertengahan musim.

Ini kerana buat kali pertama Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) membenarkan tiga pemain tempatan didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 8 hingga 22 April ini.

“Sebelum ini hanya pemain import dibenarkan untuk ditukarkan, namun ini langkah yang sememangnya terdapat dalam peraturan pertandingan Peraturan 4.5.5,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.


Menurutnya, pasukan terbabit boleh mendaftarkan pemain baru atau pemain yang masih bersama dengan pasukan lain.

“Namun bagi pemain yang bersama pasukan lain, kedua-dua pasukan terbabit perlu bersetuju. Ini permulaan, mungkin selepas ini lebih ramai pemain tempatan dibenarkan untuk didaftarkan pada jendela perpindahan kedua seperti Liga Perdana Inggeris,” katanya.

Paling dinantikan pastinya pendaftaran membabitkan dua pemain yang pernah berkelana di Portugal, Mohd Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC) dan Ahmad Fakri Saarani yang kini bersama Kelantan.

Ia juga pasti menggembirakan Johor Darul Takzim (JDT) yang dilapor berhasrat menukar beberapa pemainnya dengan pasukan Liga Perdana negeri itu.

“Langkah ini bagi memastikan pasukan dapat menggantikan pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang selain mereka yang tidak mempamerkan prestasi yang baik.” Sementara itu, Hamidin turut menjelaskan satu seminar pengadil diadakan pada 27 Jun bagi merungkai segala isu tentang insiden membabitkan pengadil sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...