Sunday, March 24, 2013

Kelicikan Mahalli jadi tumpuan

Sumber: Utusan Online
 
SHAH ALAM - Biarpun beraksi di posisi pertahanan, namun Mahalli Jasuli mencuri tumpuan pada perlawanan menentang Yemen kelmarin kerana kerap mengkucar-kacirkan benteng lawan ketika membantu Malaysia merakam kemenangan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 Stadium Shah Alam. 

Malah, bek kanan Selangor itu turut mendapat pujian pengendali Yemen, Tom Saintfiet apabila sering melakukan gerakan berbahaya dari sebelah kanan bersama Wan Zack Haikal Wan Noor.


Mahalli, 23, mengakui dia dan rakan-rakan agak tertekan selepas membenarkan lawan mendahului menerusi Aiman Saleh Abd. Al-Hagri seawal minit ke-12, namun sebaik sahaja Azamuddin Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-27, Harimau Malaya kembali menemui rentak.

"Walaupun berada dalam keadaan tertekan kami cuba mengatur langkah sebaik mungkin untuk mencari gol penyamaan dan hasilnya kami berjaya membolosi benteng pertahanan Yemen menerusi Azamuddin.

"Banyak peluang yang disia-siakan tetapi kami tidak salahkan bahagian penyerang kerana mereka telah bekerja keras untuk mencari mata buat pasukan," kata Mahalli ketika ditemui selepas perlawanan.

Mahalli menjadi perancang utama gol pembukaan Malaysia apabila melakukan hantaran leret ke dalam kotak penalti yang yang disempurnakan Azamuddin.

"Kemenangan ini membakar semangat kami untuk terus bangkit setelah dikritik kerana prestasi kurang mantap dalam dua perlawanan sebelum ini," jelasnya lagi Khyril Muhymeen muncul wira dan memberi kelegaan buat skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal apabila menghadiahkan gol kemenangan hanya 10 minit sebelum tamat permainan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...